Saturday, November 17, 2012

Lelah dengan fitnah

Penat sangat bila kita bercakap atau mengeluarkan sesuatu perkataan, lahir daripada hati dan keluar melalui mulut kita, orang lain akan pertikaikan dan persoalkan dan yang paling teruk, apabila orang lain memutar-belitkan cerita sehingga kita berasa bersalah. Sedangkan apa yang terkelumat didalam hati yang lahir ke mulut, segala kata-kata itu adalah tidak apa yang seperti diperkatakan orang lain. Salah faham berlaku, timbullah fitnah sesama manusia. Hati kata lain, mulut hanya jadi penyampai. Tetapi pemikiran cetek antara manusia yang membuatkan sesuatu perkara itu menjadi sebuah fitnah yang cukup dahsyat. Hentikanlah. Jangan menyampuk dan jangan menyibuk jika anda tidak tahu-menahu disebalik mulut yang berkata, disebalik hati yang mana mungkin orang lain akan tahu dan juga, disebalik perkataan yang diperkatakan. Anda bukan ditempat orang itu. Namun, silap si mulut juga untuk berkata-kata tanpa memberi sebarang faedah. Silap si hati juga kerana terdetik untuk mengeluarkan sesuatu yang mungkin terjadi sebuah fitnah. Akan tetapi, silap si pendengar juga kerana mempunyai hati yang tidak bersih sehingga mahu menimbulkan sebarang syak wasangka walhal perkara itu tidak sedikit pun memberi impak kepada masyarakat setempat. Jadi bisu buat sementara untuk elak daripada berlakunya fitnah. Jadi pekak untuk tidak membuat sebarang fitnah. Jadi buta, supaya tidak terlalu melihat keburukan orang lain. Jadi bebal, untuk tidak terlalu pandai untuk menghakimi orang lain. Jangan jadi apa-apa yang membolehkan manusia merasakan kehadiran anda adalah sangat tidak diundang. Penat untuk berkata-kata lagi, letih untuk memikirkan apa-apa lagi. Haus, otak haus kerana tidak mempunyai apa-apa isi kandungan lagi. Bersawang. Kering. Hanya kerana manusia, mulut dan hati kotornya. Hanya kerana sebuah fitnah dan salah faham, maka terputuslah persahabatan yang pernah akrab.


Malina A

No comments:

Post a Comment