Saya berasa bangga dan agak yakin dengan pencapaian dan pemanduan saya selama 1825 hari. LOL. Jadi, sempena tahun ke-5 saya memandu, saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda. For those who don't understand in Malay, well, just click the "translate" button if you wish to read it in English. Oh, that is for those who are using Google Chrome, I guess. I'm not sure about the rest. Hee. If you still don't understand, just click the red 'X' button at the very top right. Haha :D Saya nak guna bahasa rojak nie. And dah lama tak blogging in Bahasa Malaysia. Rinduuu :)
Saya telah membuat kajian selama lima tahun ini dan statistik menunjukkan bahawa 85% pemandu yang memandu dijalanraya adalah pemandu yang tidak menggunakan akal fikirannya dengan waras atau tidak seperti orang normal. Maaf, tetapi kajian saya ini dikaji berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya sebagai pengguna jalanraya.
Ini adalah ciri-ciri orang yang tidak menggunakan otak atau akal fikirannya ketika sedang memandu dijalanraya di sekitar tanah air:
1) Bawak 50km/h di lorong memotong di highway yang kelajuannya 110km/h. Bang, kalau nak slow macam nie, next time naik basikal pun boleh.
2) Sedang saya asyik memotong kenderaan lain di lorong memotong, kereta belakang bagi "high beam" kat saya. So, saya cuma bawak sedikit laju, and brake sedikit and bersebelahan dengan kereta lain yang berada di lorong kiri supaya dia tak dapat nak potong saya. Huahua.
3) Nak jugak melintas ke seberang jalan even though double line (especially di Jalan Ampang yang nak masuk ke Great Eastern Mall tu). Apa lagi, saya memang suka horn orang. Tak percaya, tanya kawan-kawan saya :B
4) Driver yang jenis tak menyempat nak keluar simpang, but bila dah keluar, lembab gila. Pakchik, if dah tak menyempat nak keluar tu, laju lah sikit. Kalau dah tahu awak tu slow, esok pun boleh keluar apa.
5) Kereta yang telah di-modified exhaust nya, konon 'terer' sangat la. Tapi bila lalu kat bonggol, kena senget sana, senget sini, and lembab gila. Bang, oh bang. Kereta dah bising with the exhaust tu, gaya macam nak terbang dah. Tapi bila nak langgar bonggol, slow pulak. Alamak, jatuh saham.
6) Driver yang jenis suka bukak lagu kuat2 and then bukak tingkap sampai mengganggu konsentrasi orang lain. Hmm, tape lah bang. Saya tak nak dengar lah lagu awak tu. Awak pekak kan lah diri sorang2 ey.
7) Orang yang malas parking jauh2, and parking betul2 kat depan pintu kedai. Ehem, parking dalam kedai je lah terus bang!
8) Orang yang malas cari parking, sanggup menyusahkan orang lain and just double park. Rasa macam nak pakai Hummer and rempuh je kereta tu. Kalau malas sangat, lain kali datang jalan kaki je ey?
9) Driver yang teragak-agak or tak boleh nak buat keputusan. So, dia end up berhenti tengah2 jalan and menyebabkan kesesakan lalu lintas kat belakang dia. Adoih, memang saya lalu jalan atok awak, tapi agak-agaklah. Saya pengguna jalan tu jugak.
10) Orang yang suka smoke, so tangan dia tergantung kat luar. So bila motor lalu and terkena tangan dia, dia marah orang bawak motor tu. Bang, kalau suka sangat smoke, tutuplah tingkap. Smoke je dalam kereta. Why nak bukak tingkap? Kata suka sangat rokok tu, sedut je lah kat dalam kereta. Jangan marah orang bawak motor tu, dah tu memang jalan dia.
11) Agak tension bila ada orang sondol2 bontot kereta saya. Saya tahu, bontot kereta saya hot, tapi tak perlu lah nak tengok dari jarak dekat. Saya suka brake tiba-tiba if orang suka sangat sondol saya.
12) Bila satu lorong untuk terus tu jam, suka suki dia je nak potong queue from the left lane without signal. Wow, anda memang berani untuk malu kena honk yang agak panjang dari saya.
13) Driver yang agak impossible nak keluar junction. Kak, nak tunggu semua kereta habis ke baru nak keluar? Sigh.
14) Orang yang tak reti parking. Kereta kecik je, tapi sampai makan parking orang. Setahu saya lah, parking tu ada line taw. Tak kan la tu pun failed. Tak payah bawak kereta lah lain kali. Pergi parking kat tengah2 padang ey?
15) Driver yang agak lari alignment dia. So dia end up makan jalan orang. Yes, memang saya suka kena himpit kan. Thanks la, anda memang suka buat minyak saya cepat habis untuk saya kejar anda sampai saya buat macam tu kat awak balik.
16) Driver yang sangat confident baki Touch N' Go and SmartTag dia masih banyak and dia end up menyusahkan orang and nak suruh orang reverse pulak. Lain kali, check dulu, jangan confident je nak lalu. If tak sure, pergi kat Tunai and try dulu that Touch N' Go. If ada, just guna that Touch N' Go, if tade baki tinggal, bayar tunai la. Adoih, itu pun nak kena ajar ke? Budak sekolah pun boleh fikir. Haih.
Ini sahaja yang paling saya allergic. If ada allergic yang baru, saya akan add nanti. Hee. Saya agak musykil, how is it possible for them to be qualified as a road user? Because for me, they all tak layak langsung untuk passed jpj test masa kat driving school dulu. *supersigh*
Pemanduan yang berhemah para pemandu yang lain akan mengurangkan dosa saya. Jadi, pandu dengan cermat. Ingatlah orang yang tak nak tambah dosa maki.
Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment